OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

KELANTAN SUMBANG RM500,000 BANTU MANGSA KEBAKARAN DI PUTRA HEIGHTS

KELANTAN SUMBANG RM500,000 BANTU MANGSA KEBAKARAN DI PUTRA HEIGHTS

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyumbang RM500,000 kepada Kerajaan Selangor sebagai tanda solidariti bagi membantu mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Selangor pada 1 April lepas.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata sumbangan itu mencerminkan semangat persaudaraan antara negeri dalam membantu rakyat yang ditimpa musibah, tanpa mengira sempadan geografi.

“Sumbangan telah disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajudin dalam satu majlis ringkas di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor semalam,” katanya selepas merasmikan Seminar Kebudayaan Islam 2025 di Dewan Putik, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Mohamed Fadzli turut memaklumkan Kerajaan Kelantan menyumbang wang tunai RM5,000 dan barangan keperluan kepada tujuh keluarga rakyat Kelantan yang terjejas dalam insiden berkenaan.

Kebakaran saluran paip gas milik Petronas pada 1 April lepas mengakibatkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah lebih 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.–AlHijrah Online

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search