OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Banjir di petaling pulih, semua PPS ditutup petang semalam dan hari ini

Banjir di petaling pulih, semua PPS ditutup petang semalam dan hari ini

SHAH ALAM: Banjir melanda daerah Petaling pulih selepas semua pusat pemindahan sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir di daerah Petaling ditutup sepenuhnya semalam dan hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Petaling, Huzunul Khaidil Mohammed berkata Bencana Tahap 1 membabitkan Kampung Padang Jawa, Kampung Bukit Lanchong, Kampung Lanchong Jaya, Kampung Tengah dan Kampung Kuala Sungai Baru di daerah itu kini tamat.

 

"Penutupan PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16 Shah Alam dan Sekolah Kebangsaan Seksyen 16 Shah Alam berkuatkuasa jam 1 tengah hari tadi.

"Penutupan Dewan Kenanga MBSA Seksyen 28 Shah Alam dan Dewan Serbaguna MBSJ Camelia Putra Height ditutup berkuasakuasa masing-masing jam 5 dan 6 petang semalam.

"Terima kasih atas kerjasama semua agensi dan jabatan terbabit secara langsung atau tidak sepanjang menguruskan bencana banjir di kawasan terbabit," katanya melalui kenyataan.

Jumaat lalu, lima daerah di Selangor terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebat sejak jam 2 pagi membabitkan daerah Petaling, Klang, Gombak, Sepang, Hulu Langat dan Gombak.

Banjir kilat menyebabkan banyak premis terutamanya kediaman penduduk dinaiki air sehingga paras paha dan mangsa terjejas melebihi 1,000 orang ditempatkan di enam PPS.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search