OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

30 mangsa kebakaran Putra Heights masih dirawat di hospital, seorang di ICU

30 mangsa kebakaran Putra Heights masih dirawat di hospital, seorang di ICU

SEORANG mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights dalam insiden pada hari raya kedua lalu, masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta.

 

Mangsa lelaki berusia 21 tahun itu yang diintubasi bagaimanapun menunjukkan perkembangan semakin baik.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad, berkata perkembangan terkini mangsa di ICU itu diperoleh daripada pegawai yang merawat pemuda berkenaan.

“Saya mendapat laporan bahawa keadaan mangsa semakin baik.

“Mangsa diintubasi dan masih lagi memerlukan sokongan tetapi menujukkan perkembangan agak baik,” katanya yang ditemui di Majlis Sambutan Wold Physical Activity Day (WOPAD) Peringkat Kebangsaan 2025 bersempena dengan Car Free Day Putrajaya.

Turut hadir Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Zaliha Mustafa; Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadhlun Mak Ujud dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Suriani Ahmad.

 

Sementara itu, beliau turut mengesahkan sehingga jam 3 petang semalam, laporan menujukkan 150 mangsa telah dirawat di hospital dan klinik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak insiden berkenaan.

“Jumlah mangsa yang dirawat menunjukkan penurunan daripada 153 orang turun kepada 150. “Daripada jumlah itu, 30 masih dirawat di hospital, manakala 120 lagi sudah pun dibenarkan pulang.

“Tiga belas daripadanya di rawat di bawah KKM, sementara 17 lagi di hospital swasta,” katanya. Dalam kejadian pada 1 April lalu mangsa yang mengalami kecederaan di hantar ke beberapa hospital termasuk Hospital Serdang, Hospital Cyberjaya, Hospital Putrajaya dan Hospital Sungai Buloh.

Seramai 13 orang berada di zon merah, 55 dirawat di zon kuning dan 43 di zon hijau

Terdahulu, kebakaran saluran gas Petronas pada jam 8.10 pagi itu, mengakibatkan api menjulang hingga lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celcius dan mengambil masa selama hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.-WILAYAHKU

 
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search