979 mangsa banjir Selangor ditempatkan di 6 PPS
- Admin UKK
- Berita
SHAH ALAM: Seramai 979 mangsa banjir membabitkan 268 keluarga kini berlindung di enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Petaling dan Klang sehingga jam 8 malam ini.
Menurut portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daripada jumlah itu, seramai 711 mangsa ditempatkan di tiga PPS di daerah Petaling, manakala 230 mangsa lagi berada di PPS di daerah Klang.
“Jumlah ini melibatkan 650 orang dewasa lelaki dan perempuan, manakala selebihnya terdiri daripada kanak-kanak serta bayi.
“Turut direkodkan, seramai 376 orang kurang upaya (OKU) dan 82 warga emas,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Exco Pengurusan Bencana Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi memaklumkan bahawa tiga PPS dibuka di daerah Petaling iaitu Dewan Kenanga Seksyen 28 MBSA; Sekolah Kebangsaan Seksyen 16 dan Dewan Camelia, Putra Heights.
Manakala bagi daerah Klang, tiga PPS beroperasi di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, Dewan Azalea Taman Seri Muda dan Dewan Bunga Bakawali Seksyen 35.
