OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Kes kebakaran Putra Heights: Enam anak OKU layak terima bantuan - Exco

Kes kebakaran Putra Heights: Enam anak OKU layak terima bantuan - Exco

SUBANG JAYA, 8 April- Enam anak Orang Kurang Upaya (OKU) bawah 18 tahun yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights, dikenal pasti layak menerima bantuan di bawah Program Iltizam Anak Istimewa Selangor (ANIS).

Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Anfaal Saari berkata bantuan akan diselaras melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) bagi memastikan kebajikan anak-anak istimewa tersebut terus diberi perhatian meskipun dalam situasi bencana.

Menurut Anfaal, ia selaras dengan komitmen kerajaan negeri untuk tidak meminggirkan golongan rentan khususnya anak-anak berkeperluan khas.

"Saya telah kenal pasti, jabatan YAWAS telah turun ke lapangan, melihat di PPS daripada segi keperluan mereka. Ada seorang tadi kita jumpa, anaknya ada sumbing.

Kita nak kenal pasti apa yang perlu, mungkin peralatan yang berkaitan. Setakat ini, enam orang telah memohon dan saya akan gesa pihak ANIS untuk proses segera," kata Anfaal kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke PPS Masjid Putra Heights.

Setakat ini, seramai 353 penduduk daripada 91 keluarga masih berada di PPS berkenaan susulan insiden pencemaran udara yang berlaku sejak beberapa hari lalu.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search