OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Sepakat pantau rumah mangsa banjir dipindah ke PPS

Sepakat pantau rumah mangsa banjir dipindah ke PPS

Bimbang kediaman ditinggalkan dimasuki pencuri, penduduk kampung sepakat melakukan kawalan serta memantau setiap rumah mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Langkah itu diambil beberapa penduduk Kampung Baru, Sri Gading, sini, dengan melakukan rondaan berjadual terhadap kediaman mangsa banjir termenung yang melanda beberapa kawasan dalam daerah ini.

Penduduk, Atan Bunawi, 55, berkata, aktiviti rondaan juga dijalankan membabitkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta penduduk yang tidak berpindah ke PPS.

Katanya, walaupun belum ada insiden tidak diingini berlaku, langkah ini bertujuan memastikan kediaman mangsa selamat.

“Kebanyakan penduduk terpaksa tinggalkan rumah masing-masing untuk ke PPS, jadi ada antara mereka buat pemantauan secara sukarela. JPKK pun ada buat, tapi kita akan bantu supaya mereka (mangsa) tidak runsing.

“Ada ketika, penduduk yang berada di PPS akan pulang menjenguk rumah masing-masing, jadi kami bantulah mereka terutama kawasan yang rumah tidak begitu banyak,” katanya ketika ditemui.

Seorang lagi penduduk, Nur Hakim Mohd, 26, berkata, rondaan ini adalah rutin penduduk kampung kerana bimbang berlaku percerobohan ke atas rumah mangsa.

Menurutnya, dia bersama ahli keluarga tidak diarahkan berpindah kerana rumahnya tidak teruk digenangi air banjir.

“Kebiasaannya, mereka yang tak pindah akan bantu mereka yang kena berpindah (ke PPS).

“Jika ada kenderaan tidak dikenali memasuki kampung, kita akan pantau. Kita di sini tahu kenderaan digunakan penduduk di sini,” katanya.

Dalam pada itu, sehingga jam 11 pagi semalam, seramai 326 mangsa daripada 108 keluarga masih ditempatkan di PPS, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading, di sini.

Mereka yang dipindahkan terdiri daripada mangsa dari beberapa kawasan antaranya Kampung Baru, Sri Gading, Parit Bengkok, Parit Sameon dan Parit Kaspan.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search