OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Banjir kilat di Kota Bharu surut sepenuhnya

Banjir kilat di Kota Bharu surut sepenuhnya

KOTA BHARU – Keadaan banjir kilat di kawasan bandar Kota Bharu yang berlaku pagi tadi susulan hujan lebat berterusan sejak malam tadi sehingga menyebabkan longkang tersumbat sudah surut sepenuhnya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Farhan Sufyan Borhan berkata, hasil tinjauan pihak bomba hari ini, air yang melimpah di sekitar bandar ini sudah kering.

Menurutnya, tinjauan dijalankan selepas pihak bomba menerima maklumat yang dikongsi oleh orang ramai menerusi media sosial.

“Setakat ini, pihak bomba tidak menerima sebarang maklumat berkaitan kejadian banjir di daerah lain di negeri ini.

“Bagaimanapun, JBPM Kelantan akan terus menjalankan pemantauan ketika situasi cuaca yang tidak menentu ketika ini,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial kawasan sekitar Jalan Hilir Pasar di sini dinaiki air ekoran banjir kilat susulan hujan lebat sejak malam tadi.

Meskipun air melimpah, kawasan tersebut masih boleh dilalui kenderaan sebelum banjir kilat surut sepenuhnya sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search