OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Jepun sedia salur bantuan geran AS$6 juta kepada Myanmar

Jepun sedia salur bantuan geran AS$6 juta kepada Myanmar

TOKYO - Jepun bersedia menyediakan bantuan geran kecemasan sekitar US$6 juta untuk mangsa gempa bumi dahsyat di Myanmar, kata kerajaan pada Rabu, lapor Agensi Berita Kyodo.

Kementerian Luar Jepun berkata bantuan itu akan disalurkan menerusi pertubuhan antarabangsa, memandangkan "keperluan kemanusiaan yang amat besar" dijangka di Myanmar, selepas angka korban akibat gempa bermagnitud 7.7 pada Jumaat lepas meningkat melebihi 2,700 orang.

Jepun telah menghantar pasukan perubatan ke Myanmar dan memutuskan untuk menyediakan barangan bantuan kecemasan seperti kelengkapan kebersihan, bekalan air dan penapis air menerusi Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) yang disokong kerajaan serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut kementerian itu.

Dua rakyat Jepun disahkan cedera di Mandalay, bandar kedua terbesar Myanmar yang berhampiran pusat gempa, manakala seorang lagi cedera di Bangkok, ibu negara Thailand yang bersebelahan. Seorang rakyat Jepun masih belum dapat dikesan di Mandalay, menurut Kerajaan Jepun.

 

"Kerajaan Jepun akan berdiri bersama rakyat Myanmar dan menyalurkan bantuan kemanusiaan yang dapat memberi manfaat langsung kepada mereka," kata Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshimasa Hayashi, dalam satu sidang akhbar. - Bernama

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search