Letupan paip gas: 3 keluarga telah berdaftar di PPS Masjid Putra Heights setakat ini
- Admin UKK
- Berita
SUBANG JAYA: Penduduk sekitar lokasi kebakaran saluran paip gas mula ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbanguna Masjid Putra Heights di sini.
Menurut Harian Metro, setakat jam 12 tengah hari tadi, tiga keluarga membabitkan 26 orang termasuk dua bayi telah mendaftar di PPS berkenaan.
Pihak berkuasa termasuk petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut berada di PPS berkenaan bagi mendaftarkan penduduk sekitar yang mendapatkan perlindungan di situ.
Beberapa petugas kesihatan juga dilihat berada di PPS terbabit bagi bersedia memberikan bantuan perubatan.
Selain PPS di Dewan Serbanguna Masjid Putra Heights, difahamkan ada dalam kalangan penduduk yang mendapatkan perlindungan di Masjid Nurul Iman di Kampung Tengah, Puchong.