OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Wanita berjaya diselamatkan daripada runtuhan pangsapuri di Myanmar

Wanita berjaya diselamatkan daripada runtuhan pangsapuri di Myanmar

MANDALAY: Pasukan penyelamat menarik keluar seorang wanita yang masih hidup dari serpihan runtuhan bangunan pangsapuri di Mandalay pada Sabtu, 30 jam selepas gempa bumi dahsyat melanda Myanmar.

Mereka yang berada di lokasi memberikan tepukan gemuruh ketika Phyu Lay Khaing, 30, ditarik keluar dari runtuhan Kondominium Sky Villa oleh penyelamat, secara berhati-hati dan menggunakan pengusung.

Suaminya, Ye Aung, yang menunggu berita dalam keadaan cemas, memeluk Lay Khaing ketika pengusung diletakkan.

"Pada mulanya, saya tidak sangka dia masih hidup," kata Ye Aung kepada AFP sambil menunggu isterinya keluar dari runtuhan.

"Saya sangat gembira kerana saya mendengar berita baik," kata peniaga itu, yang mempunyai dua anak lelaki bersama isterinya, William, 8, dan Ethan, 5.

Ketika ambulans mula bergerak ke hospital, Ye Aung melihat melalui tingkap sambil menggenggam tangan isterinya.

Seorang pegawai Palang Merah memberitahu AFP sebelum ini, lebih 90 orang mungkin terperangkap di bawah runtuhan blok pangsapuri itu.

Gempa bumi berukuran 7.7 magnitud melanda barat laut Mandalay pada awal petang Jumaat, diikuti gempa susulan 6.7 magnitud beberapa minit kemudian.

Gegaran itu memusnahkan bangunan, jambatan dan jalan raya merentasi kawasan di Myanmar, dengan kemusnahan besar-besaran dilihat di Mandalay, bandar kedua terbesar di negara itu dan kediaman kepada lebih 1.7 juta orang.

Woman rescued alive from collapsed Mandalay apartment block: AFP

Mandalay, Myanmar, March 29, 2025 (AFP) -

Rescuers pulled a woman alive from the wreckage of a collapsed apartment building in Mandalay on Saturday, AFP journalists saw, 30 hours after a devastating quake hit Myanmar.

Applause rang out as Phyu Lay Khaing, 30, was brought out of the Sky Villa Condominium by rescuers and carefully removed from the rubble by stretcher.

Her husband Ye Aung, who had been waiting anxiously for news, embraced her as the stretcher was lifted down.

"In the beginning, I didn't think she would be alive," Ye Aung told AFP as he waited for his wife to emerge from the debris.

"I am very happy that I heard good news," said the trader, who has two sons with his wife -- eight-year-old William, and Ethan, five.

As the ambulance drove away to hospital, Ye Aung was seen through the window clutching his wife's hand.

A Red Cross official told AFP earlier that more than 90 people could be trapped under the remains of the apartment block.

The shallow 7.7-magnitude quake struck northwest of Mandalay early Friday afternoon, followed minutes later by a 6.7-magnitude aftershock.

The tremors destroyed buildings, downed bridges and buckled roads across swathes of Myanmar, with massive destruction seen in Mandalay, the country's second-biggest city and home to more than 1.7 million people.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search