OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Myanmar isytihar darurat, rayu bantuan antarabangsa

Myanmar isytihar darurat, rayu bantuan antarabangsa

NAYPYIDAW – Pemerintah junta Myanmar membuat permintaan yang jarang berlaku apabila memohon bantuan kemanusiaan antarabangsa dan mengisytiharkan darurat di enam rantau selepas gempa bumi kuat menggegarkan negara itu hari ini.

Beberapa wartawan AFP melihat ketua junta, Jeneral Min Aung Hlaing tiba di sebuah hospital di Naypyidaw di mana mangsa-mangsa cedera dirawat selepas gegaran bermagnitud 7.7 itu melanda tengah Myanmar.

“Kami mahu masyarakat antarabangsa memberikan bantuan kemanusiaan secepat mungkin ,” kata jurucakap junta, Zaw Min Tun kepada AFP di hospital itu.

Bilangan korban dan mangsa cedera belum diumumkan tetapi fakta bahawa kerajaan tentera Myanmar membuat rayuan yang sebelum ini jarang dilakukan, membayangkan angka korban mungkin tinggi.

Junta tentera menyatakan dalam satu kenyataan bahawa darurat bencana berkuat kuasa di enam kawasan paling teruk terjejas iaitu Sagaing, Mandalay, Magway, timur laut Negeri  Shan , Naypyidaw dan  Bago.

Menurut Zaw Min Tun, derma darah diperlukan untuk pesakit di Mandalay, Naypyidaw dan  Sagaing. – A

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search