OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Kebakaran hutan Korea Selatan ragut 16 nyawa

Kebakaran hutan Korea Selatan ragut 16 nyawa

SEOUL: Sekurang-kurangnya 16 orang maut akibat kebakaran hutan yang melanda wilayah tenggara Korea Selatan.

Agensi berita Yonhap melaporkan, kebakaran yang mula merebak pada Selasa memusnahkan kawasan kejiranan sekali gus memaksa penduduk meninggalkan kediaman masing-masing.

Pihak berkuasa turut memindahkan ribuan banduan dari penjara yang terjejas kerana kebakaran itu.

Pemangku Presiden Korea Selatan, Han Duck-soo, berkata kerajaan akan mengerahkan helikopter pemadam kebakaran serta anggota penyelamat darat untuk mengawal kebakaran yang semakin marak akibat angin kencang dan cuaca kering.

Laporan menyebut, sebahagian mangsa maut ketika cuba menyelamatkan diri, namun gagal apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbalik dalam proses pemindahan.

 

Kebakaran yang mula tercetus pada Sabtu masih belum dapat dikawal sepenuhnya dan telah memusnahkan beberapa kuil purba selain kediaman penduduk setempat.

Sebagai langkah kecemasan, kerajaan mengisytiharkan kawasan-kawasan terjejas sebagai zon bencana khas bagi membolehkan bantuan dan pemulihan segera disalurkan.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search