OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

2,472 mangsa banjir di lima daerah di Johor

2,472 mangsa banjir di lima daerah di Johor

Johor Bahru: Jumlah mangsa banjir di lima daerah yang terjejas di negeri ini tinggal 2,472 orang terdiri daripada 704 keluarga, setakat jam 2 petang semalam.

Jumlah itu berkurangan daripada 3,893 orang terdiri daripada 1,154 keluarga pada pagi semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih aktif menempatkan mangsa banjir adalah sebanyak 23 buah.

“Jumlah mangsa banjir di Johor Bahru terus berkurangan daripada 2,409 mangsa (727 keluarga) pada pagi tadi (semalam) menjadi 1,281 orang (356 keluarga) setakat ini yang berada di tujuh PPS yang masih aktif.

“Pontian juga menunjukkan penurunan dari segi jumlah mangsa banjir iaitu daripada 552 orang (156 keluarga) pagi tadi (semalam) menjadi 389 orang (106 keluarga) di enam PPS.

“Di Kluang juga, mangsa banjir berkurang daripada 487 orang (136 keluarga) pagi tadi (semalam) kepada 357 orang (105 keluarga) di empat PPS,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Azmi yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor berkata, banjir di Kota Tinggi hampir pulih selepas 10 mangsa dibenarkan pulang ke rumah menjadikan mangsa yang masih ditempatkan di dua PPS di daerah itu adalah seramai 77 orang daripada 24 keluarga.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search