Kebakaran dua hektar hutan gambut berjaya dikawal
- Admin UKK
- Berita
PEKAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) mengawal kebakaran hutan paya gambut seluas dua hektar di Kampung Beruas dekat projek ladang solar, di sini.
Komander Operasi, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, kebakaran mula dikesan petang semalam dan operasi memadam api dilakukan menggunakan kaedah semburan air daripada tangki jentera Bomba dan Penyelamat.
Katanya, semalam kita berjaya memadam kebakaran seluas 1.5 hektar melalui operasi mengawal api daripada terus merebak. "Tindakan pantas anggota Balai Bomba Peramu dapat mengawal keadaan membabitkan sembilan anggota
"Keadaan cuaca yang panas dan berangin menyebabkan kerja mengawal api daripada terus merebak berhadapan sedikit kesukaran," katanya, di sini hari ini. Punca sebenar kebakaran masih belum diketahui.
Wan Samsul Effendi berkata, pihaknya menasihatkan mereka yang tinggal di kawasan hutan belukar dan paya gambut tidak melakukan pembakaran terbuka bagi mengelak api cepat merebak hingga menyukarkan operasi memadam kebakaran.
Sementara itu, beliau memaklumkan kebakaran kawasan hutan paya gambut di Palma Valley dan Chenderawasih, di sini, masih tidak dapat dipadam sepenuhnya.
"Operasi memadam api di kawasan berkenaan sudah berlangsung lebih dua minggu," katanya.