OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

‘Rasa macam kena goncang’

‘Rasa macam kena goncang’

PETALING JAYA – Penduduk di Semenanjung gempar ekoran gegaran gempa bumi yang dilaporkan berlaku di luar Pantai Barat Sumatera Utara sebentar tadi.

Menerusi tinjauan di media sosial, rata-rata berkongsi pengalaman mereka melalui detik tersebut.

“Patut lah terasa sampai sini. Banting, Telok Panglima Garang dan Klang. Semua rasa kuat juga gegaran,” kata Azreen.

“Tengah duduk di kerusi…terasa goyang selepas subuh. Lokasi di Lukut, Negeri Sembilan,” ujar Musa.

“Puncak Alam rasa gegaran. Pertama kali rasa gegaran gempa bumi. Agak kuat juga rasa macam kena goncang,” jelas Sham.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan kejadian gempa bumi sederhana berukuran 5.0 magnitud kira-kira pukul 6.22 pagi hari ini.

Menurut MetMalaysia, gegaran dirasai di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor.

Bagaimanapun, katanya, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search