OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Kilang padi diarah henti operasi didakwa cemar udara

Kilang padi diarah henti operasi didakwa cemar udara

ALOR SETAR: Sebuah kilang padi di Yan diarah menghentikan operasi serta-merta berikutan pencemaran udara yang mengundang ketidakselesaan penduduk setempat.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab, berkata pihaknya menerima aduan awam berhubung perkara itu dan siasatan sudah pun dijalankan semalam dan hasilnya mendapati aduan berkenaan didapati benar.

Beliau berkata, premis kilang padi itu dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38 (1) (a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana kegagalan alat kawalan pencemaran udara berfungsi dengan baik dan mengalami kebocoran seterusnya menyebabkan pencemaran udara yang ketara di sekitarnya.

Beliau berkata, tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) diambil bagi menghentikan pencemaran daripada terus berlaku.

"Premis diarahkan untuk menghentikan operasi supaya langkah-langkah pembaikan dijalankan dengan segera bagi mengawal pencemaran yang berlaku.

"Notis Arahan Seksyen 31 & 37 dikeluarkan kepada premis untuk tindakan pembaikan dan penyelenggaraan segera dalam tempoh POK terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sharifah Zakiah berkata, premis akan dibenarkan beroperasi kembali selepas pihaknya berpuas hati dengan langkah pembaikan yang diambil.

"Pihak industri diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekeliling.

"Orang ramai diminta melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my," katanya.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search