OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

5 keluarga terjejas banjir bakal pindah ke tempat tinggi di kampung sama

5 keluarga terjejas banjir bakal pindah ke tempat tinggi di kampung sama

KOTA TINGGI: Lima keluarga yang kerap terjejas setiap kali banjir berlaku di Kampung Baru Sungai Mas di sini, bakal dipindahkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penawar, Fauziah Misri, berkata semua keluarga yang membabitkan kira-kira 20 orang itu akan dipindahkan ke kawasan lebih tinggi dalam kampung sama.

Bagaimanapun, beliau berkata, usaha itu masih dalam proses menunggu kelulusan kerajaan negeri dan agensi terbabit seperti pejabat tanah serta Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

"Kita berdoa usaha ini dipermudahkan dan berharap dapat kelulusan kerajaan negeri. Mereka akan pindah di kampung itu juga, tetapi di tempat lebih tinggi. Kita harap selepas pindah nanti, akan selesai isu banjir membabitkan lima keluarga ini.

"Di kampung berkenaan ada tujuh keluarga termasuk penempatan tahfiz yang terletak di satu tanah wakaf. Namun, perpindahan hanya membabitkan penduduk yang terkesan dengan isu tradisi banjir ini.

"Bagi tahfiz berkenaan, peruntukan sebanyak RM200,000 diluluskan tahun lalu bagi membina jalan alternatif yang boleh dihubungkan ketika banjir berlaku," katanya selepas Program Bubur Lambuk Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Penawar 2025 di FELDA Sungai Mas di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya bersama kerajaan negeri sentiasa memikirkan cara dan kaedah untuk mengatasi isu banjir yang berlaku membabitkan penduduk di kawasan DUN berkenaan.

Mengulas program semalam, Fauziah berkata, ia kali kedua dianjurkan membabitkan kerjasama kira-kira 300 komuniti termasuk dari kampung, FELDA, badan bukan kerajaan, agensi dan Kolej Komuniti.

Katanya, sebanyak 20 periuk bubur lambuk disediakan dan diserahkan kepada golongan asnaf untuk dibawa ke kampung masing-masing sebelum diedarkan.

"Apa yang menarik, setiap mereka menunjukkan kreativiti masing-masing yang mana kita ada 20 periuk, 20 rasa berbeza antaranya bubur lambuk gear box dan paling istimewa bubur lambuk ayam hutan, bubur lambuk tetel dan bubur lambuk ikan.

"Kita berharap program seperti ini dapat mengeratkan hubungan baik komuniti dalam DUN Penawar dan mengekalkan permuafakatan yang ada," katanya.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search