OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Rumah panjang baharu siap segera

Rumah panjang baharu siap segera

TEBEDU, 13 Mac: Lapan keluarga yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Krusen Siu tahun lalu akan menerima rumah panjang baharu selewat-lewatnya tahun ini.

Adun Tebedu Dr Simon Sinang Bada berkata, sebanyak RM560,000 peruntukan disalurkan melalui bantuan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) kepada pihak Pengurusan Bencana Bahagian Serian.

“Peruntukan ini adalah untuk membina rumah panjang baharu bagi menggantikan rumah panjang yang musnah dalam kebakaran tersebut.

“Bagi kos penyediaan tapak rumah panjang tersebut adalah berjumlah RM59,000 dan dibiayai melalui Projek Kecil Luar Bandar (MRP),” katanya dalam Majlis Ringkas Simbolik Pecah Tanah, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, katanya, kerja-kerja penyediaan tapak dijangka bermula dalam minggu ini dan dijangka siap dalam tempoh satu hingga dua bulan. Jelasnya, ini juga bergantung kepada keadaan cuaca semasa.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, keutamaan adalah untuk memastikan pembinaan rumah panjang tersebut dapat disegerakan.

Ini adalah bagi memastikan lapan keluarga yang terlibat dapat menikmati rumah baharu mereka pada tahun ini juga. Tambah Simon, pihaknya berharap dengan langkah ini, kehidupan mangsa kebakaran dapat dipulihkan dan mereka memperoleh tempat tinggal selesa serta selamat. -TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search