OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

DBKL alih khemah petugas, peniaga rosak akibat ribut di bazar Ramadan Setapak Indah

DBKL alih khemah petugas, peniaga rosak akibat ribut di bazar Ramadan Setapak Indah

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan segera mengalihkan khemah petugas dan peniaga yang rosak akibat ribut di Bazar Ramadan Bazaria Taman Setapak Indah di sini, petang semalam.

Insiden berlaku selepas angin kencang menyebabkan khemah petugas DBKL diterbangkan angin dan menghempap khemah peniaga di bazar berkenaan.

DBKL memaklumkan, pihaknya juga sudah berbincang dengan peniaga untuk mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah itu.

"Peniaga yang terbabit turut menyuarakan keperluan untuk mendapatkan khemah baharu dan mencadangkan supaya khemah dirapatkan bagi mengelakkan kejadian sama berulang," katanya melalui kenyataan, malam tadi.

Sebelum ini, seorang pengguna media sosial memuat naik video memaparkan sebuah khemah putih, dipercayai yang diduduki petugas DBKL diterbangkan angin dan menghempap beberapa khemah peniaga di Bazar Ramadan Bazaria Taman Setapak Indah.

DBKL berkata, sebagai langkah susulan, penukaran khemah petugas akan dilakukan pada malam tadi juga bagi memastikan kelancaran operasi bazar.

"DBKL sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan peniaga serta pengunjung," katanya.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search