OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Desak Nadma bertanggungjawab mangsa puting beliung – Dr Zulkafperi

Desak Nadma bertanggungjawab mangsa puting beliung – Dr Zulkafperi

SEKINCHAN – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) perlu bertanggungjawab bukan sahaja untuk bencana banjir dan kebakaran sahaja, bahkan kemusnahan harta benda diakibatkan oleh kejadian ribut dan puting beliung.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanapi berkata, beliau akan membawa usul agar NADMA memasukkan dua bencana tersebut dalam senarai tanggungjawab agensi kerajaan itu.

“Saya akan bawa isu ini ke Parlimen, bencana akibat ribut baik puting beliung atau sebarang ribut tidak termasuk dalam tanggungan NADMA.

“Nadma hanya ambil kira sebenarnya untuk urusan banjir dan kebakaran, saya rasa ada kekurangan di situ, kerana ini (puting beliung) adalah bencana besar dan ia tidak banyak berlaku di tempat lain, mungkin orang tidak ambil berat.

“Tapi di Tanjong Karang saya rasa agak kerap berlaku, tahun ini sahaja, ini merupakan kejadian kali kedua berlaku, sebelum ini berlaku di Permatang, kira-kira 10 rumah terjejas, masa itu puting beliung lagi dahsyat dan kuat, dan ini kali kedua.
 
“Saya akan bawa perkara ini ke dalam Parlimen dan mendesak agar bencana akibat puting beliung dan ribut diambil kira dan ada bantuan khusus,” katanya kepada MalaysiaGazette selepas menyantuni mangsa puting beliung di Parit 4, di sini, hari ini.
 

Terdahulu, media melaporkan, sebanyak 11 premis termasuk 10 rumah kediaman dan sebuah homestay mengalami kerosakan teruk akibat puting beliung yang melanda kawasan Parit 4, di sini, awal pagi pada Khamis.

Dalam pada itu, Dr Zulkafperi melahirkan rasa sedih apabila dua kategori bencana itu dikesampingkan dan mangsa yang terlibat tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

“Saya rasa terkilan dan agak sedih kerana kalau kita ajukan bantuan NADMA, mereka kata tidak masuk di dalam NADMA.

“Bayangkan kalau rumah itu musnah sepenuhnya hingga tercabut semua, jadi siapa nak bertanggungjawab, NADMA kata bukan tanggungjawab dia.

“Saya tak jelas dekat mana, Majlis Daerah pun tak pasti bantuan-bantuan yang boleh diberi akibat angin ribut.

“Kalau ada kemalangan jiwa dan kecederaan, mungkin ada masalah, saya nak pastikan insiden ini yang terakhir berlaku dan saya nak pastikan Nadma ambil tanggungjawab tentang angin ribut ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search