OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Kerajaan pertimbang pembenihan awan alternatif padam kebakaran ladang kelapa

Kerajaan pertimbang pembenihan awan alternatif padam kebakaran ladang kelapa

Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan Operasi Pembenihan Awan (OPA) sebagai antara alternatif dalam usaha memadamkan kebakaran ladang kelapa di Jalan Pintasan Kuantan-Sungai Ular di sini yang berlarutan sejak 22 Februari lepas.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata bagaimanapun usaha itu bergantung kepada keperluan dan cuaca selain perlu berbincang terlebih dahulu dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Katanya pelaksanaan tidak boleh dilakukan secara tiba-tiba kerana ia memerlukan penelitian sama ada awan itu sesuai untuk proses pembenihan.

Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat dan melakukan tinjauan di lokasi kebakaran di sini, kelmarin.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Nordin Pauzi dan Pengarah JBPM Pahang Mohd Razam Taja Rahim.

Nik Nazmi berkata sejak 22 Februari lepas, kebakaran tanah gambut itu telah memusnahkan sekitar 130 hektar ladang kelapa dan setakat ini seluas 98 hektar berjaya dipadamkan.

Beliau berkata kerajaan sememangnya memandang serius kebakaran di tanah gambut dan kerana itu, kementeriannya telah memohon untuk tingkatkan peruntukan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi penyediaan kelengkapan serta infrastruktur pencegahan kebakaran di lokasi tanah gambut.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search