OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Banjir di Melaka: Mangsa meningkat kepada 330 orang

Banjir di Melaka: Mangsa meningkat kepada 330 orang

Jumlah mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 330 orang daripada 93 keluarga setakat 8 pagi semalam berbanding 248 orang daripada 77 keluarga pada 8 malam kelmarin.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata kesemua mereka melibatkan penduduk yang terjejas di dua daerah iaitu Melaka Tengah serta Jasin dengan mangsa ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS).

“Sebanyak 264 mangsa merupakan penduduk di daerah Jasin manakala 66 mangsa pula ialah penduduk di Melaka Tengah.

“Di Jasin, sebanyak 152 mangsa daripada 45 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum manakala 107 mangsa daripada 31 keluarga berlindung di PPS SMK Dato’ Abdul Rahman dan lima mangsa daripada dua keluarga pula berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu,” katanya.

Beliau berkata di daerah Melaka Tengah pula, sebanyak 23 mangsa daripada lima keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Malim manakala 43 mangsa daripada 10 keluarga di SK Seri Duyong.

Secara keseluruhan katanya, semua mangsa terjejas melibatkan 37 kawasan dengan 32 lokasi adalah di Melaka Tengah manakala lima lokasi lagi di daerah Jasin.

Kamarulsyah berkata antara kawasan terjejas di Melaka Tengah ialah Kampung Pengkalan Rama, Kampung Chetty, Kampung Limbongan, Bakar Batu, Kampung Banda Hilir dan Kampung Klebang Kecil.

Turut dinaiki air ialah di Taman Malim Permai, Taman Rambai Jaya, Taman Gadong Perdana, Kampung Pengkalan Renggam, Kandang, Ayer Molek, Paya Dalam dan Kampung Pokok Manggis Pulau Gadong.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search