OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Lapan rumah musnah dilanda ribut di Sekinchan

Lapan rumah musnah dilanda ribut di Sekinchan

Sekinchan: Sekurang-kurang lapan rumah musnah dalam kejadian ribut di Jalan Ban Lesen, Parit 4, di sini semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 7.48 pagi semalam.

Susulan itu, beliau berkata, sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan dikejarkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi, anggota segera melakukan size up dan mendapati lapan rumah musnah akibat angin kencang.

“Penduduk setempat kemudian diarahkan keluar dari rumah masing-masing dan berkumpul di tempat selamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Mukhlis berkata, anggota bomba turut melakukan pemeriksaan dan mendapati tiada mangsa yang cedera atau maut.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search