OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya

MORIOKA, 4  Mac: Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas, meningkatkan ancaman terhadap kediaman penduduk.

Kebakaran di Ofunato, Wilayah Iwate memaksa penduduk berpindah sejak ia tercetus pada Rabu sebelum merebak ke kawasan lebih luas mengunjur ke pantai Pasifik, lapor agensi berita Kyodo berdasarkan maklumat daripada kerajaan tempatan.

Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba berjanji dalam sesi parlimen untuk “menggerakkan sepenuhnya keupayaan pasukan bomba dan Angkatan Pertahanan Diri (SDF) bagi mengelakkan kediaman penduduk terjejas.”

Anggota bomba dari seluruh negara dan pesawat SDF terus berusaha memadamkan kebakaran selepas berjaya menghalang api daripada memasuki kawasan kediaman di Ofunato pada Ahad.

Menurut Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana, kebakaran hutan ini adalah yang terbesar di Jepun sejak penghujung 1980-an. -TVS

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search