OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Bom kedua dijumpai di Kinarut berjaya dimusnahkan

Bom kedua dijumpai di Kinarut berjaya dimusnahkan

PAPAR, 2 Mac - Bom kedua yang ditemui di tapak pembinaan berhampiran Lok Kawi Plastic Industries, Kinarut dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua berjaya dimusnahkan hari ini.

Ketua Polis Daerah Papar Supt Kamaruddin Ambo Sakka berkata bahan letupan jenis Unexploded Ordnance (UXO) yang masih aktif itu dimusnahkan dengan tiga kali letupan secara berperingkat bermula 11.55 pagi hingga 1.25 tengah hari.

“Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang operasi kerja-kerja letupan dilakukan. Sebelum pemusnahan bom dijalankan, pihak polis memaklumkan kepada pelbagai agensi terlibat termasuk Jabatan Alam Sekitar.

“Selepas selesai kerja meletupkan bom, pasukan Ketua Polis Balai Kinarut bergerak mendapatkan maklumat dari kawasan sekitar untuk mengenal pasti sama ada pihak terkesan akibat letupan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata aktiviti itu juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di bawah jawatankuasa perancangan operasi dan pengurusan risiko bencana letupan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Pada 27 Feb lepas, sebutir bom lama sepanjang 120 sentimeter dengan berat 250 kilogram ditemukan oleh pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan pembinaan itu pada pukul 1.30 tengah hari sebelum bom itu dimusnahkan.

- BERNAMA

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search