OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Ribut pasir landa selatan New Mexico

Ribut pasir landa selatan New Mexico

AMERIKA SYARIKAT:Β Ribut pasir melanda selatan New Mexico pada Isnin, menyebabkan banyak kenderaan terkandas dan beberapa kemalangan berlaku. Menurut laporan media tempatan, pasukan kecemasan telah dikerahkan ke beberapa lokasi nahas apabila jarak penglihatan turun hampir ke sifar.

Rakaman saksi yang dikongsi di media sosial menunjukkan kenderaan terkandas, termasuk sekurang-kurangnya sebuah yang mengalami kerosakan akibat perlanggaran.

Reuters berjaya mengesahkan lokasi dan tarikh rakaman tersebut berdasarkan laporan kerajaan serta media tempatan mengenai keadaan cuaca di kawasan itu.

Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS, keadaan kering yang berpanjangan berserta angin kencang telah menyebabkan sejumlah besar debu berterbangan merentasi rantau tersebut. – REUTERS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search