OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Beberapa kawasan di Sarawak diramal ribut petir, hujan lebat sehingga 1 pagi

Beberapa kawasan di Sarawak diramal ribut petir, hujan lebat sehingga 1 pagi

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Sarawak diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 1 pagi esok.

Kawasan itu termasuk Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit, Bintulu (Tatau) dan Miri (Beluru dan Telang Usan).

Keadaan cuaca itu dimaklumkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran di Facebook sebentar tadi.

METMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search