OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Pusat Simulasi Bencana tingkat ilmu penyelamat

Pusat Simulasi Bencana tingkat ilmu penyelamat

Putrajaya: Pusat Simulasi Bencana pertama negara yang dibangunkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bakal merevolusikan latihan pasukan penyelamat melalui pelbagai senario kesukaran yang realistik.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA, Datuk Dr Abdul Gapar Abu Bakar, berkata pusat itu direka khas untuk meningkatkan kecekapan pasukan penyelamat, khususnya Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dalam menangani pelbagai situasi bencana yang mungkin mereka hadapi.

Beliau berkata, fasiliti yang dibangunkan dengan kos keseluruhan RM54 juta itu merangkumi modul simulasi menyelamat seperti kemalangan membabitkan kereta kabel, kereta api bawah tanah, bangunan runtuh serta insiden di kawasan yang terdapat bahan berbahaya.

“Pusat ini juga dilengkapi pelbagai teknologi canggih, termasuk realiti maya dan realiti tambahan, bagi memberikan pengalaman latihan lebih mendalam kepada pasukan penyelamat.

“Dari segi simulasi, pusat ini mampu mereplikasi hampir 90 peratus secara tepat, keadaan kesukaran sebenar yang penyelamat hadapi di lapangan,” katanya di sini baru-baru ini.

Abdul Gapar berkata, keupayaan mereplikasi keadaan bencana secara tepat penting bagi mempersiapkan pasukan penyelamat negara bagi menghadapi apa jua rintangan tidak dijangka, sekali gus meningkatkan keselamatan serta keberkesanan operasi mencari dan menyelamat. “Sebagai pasukan elit, SMART NADMA perlu dilatih menggunakan semua peralatan berteknologi tinggi dengan 110 peratus ketepatan. Ini tidak boleh dilakukan di dalam bilik darjah ataupun di dalam kelas.

“Mereka akan lebih berkemahiran sekiranya mereka melalui situasi di pusat simulasi berkenaan dalam keadaan sebenar,” katanya. BERNAMA

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search