OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Air Sungai Golok lepasi paras bahaya, 4 kampung alami banjir petang ini - JPS

Air Sungai Golok lepasi paras bahaya, 4 kampung alami banjir petang ini - JPS

KOTA BHARU: Empat kampung terletak dalam radius lima kilometer berhampiran lembangan Sungai Golok di Tanah Merah, dijangka mengalami banjir mulai hari ini hingga Khamis.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan dan status semasa paras air sungai diramalkan naik dan melebihi paras bahaya.

"Empat kampung dijangka dilanda banjir ialah Kampung Jenob, Kampung Nibong, Kampung Renab dan Kampung Air Bujing bermula 6 petang hari ini hingga 12 tengah malam, pada 27 Februari," menurut kenyataan itu hari ini.

Menurut portal infobanjir.water.gov.my, JPS merekodkan sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas melepasi paras bahaya iaitu 9.2 meter (m) manakala Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah berada pada paras amaran iaitu 23.05 m.

Sementara itu, tinjauan Bernama di sekitar jajahan Kuala Krai hari ini mendapati beberapa kampung turut dinaiki air berikutan hujan lebat sejak semalam antaranya Kampung Chenulang, Kampung Kuala Pertang dan Kampung Bedal.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Kuala Pertang Adnan Mat Yassin berkata beberapa laluan masuk ke kampung itu mula dinaiki air kira-kira 11 malam semalam hingga menjejaskan urusan penduduk untuk pergi bekerja dan menghantar anak ke sekolah.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search