OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Rakyat terjejas banjir di negeri pembangkang tidak terkecuali terima bantuan

Rakyat terjejas banjir di negeri pembangkang tidak terkecuali terima bantuan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan semua mangsa banjir termasuk di negeri pembangkang mendapat bantuan yang disediakan kerajaan.

Anwar menegaskan, kerajaan akan sentiasa memastikan mereka yang mengalami kerugian tidak terkecuali menerima bantuan meski pun rundingan peruntukan ahli Parlimen pembangkang masih berterusan.

 

"Kalau dikenalpasti mana-mana rumah yang terkesan (banjir) tetapi tidak diberikan bantuan, saya sedia betulkan kerana arahan kita jelas, mesti diberikan kepada semua rumah yang terjejas.

"Saya tidak mahu ada pelanggaran kepada arahan umum ini," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) ketika sesi pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada Selasa.

Dalam pada itu Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, kerajaan telah meluluskan 126 projek tebatan banjir membabitkan kos sebanyak RM22.57 bilion.

Beliau menjelaskan, ia membabitkan masing-masing 74 projek di peringkat pelaksanaan dan baki 35 lagi dalam fasa pra-pelaksanaan.

Menurutnya, Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof bersama pegawai Ketua Setiausaha Negara akan menyelaras projek tebatan yang menjadi keutamaan itu.

"Sejak tahun lalu, kerajaan memutuskan bukan sahaja meneruskan program asal, tetapi proses pengambilan tanah oleh kerajaan negeri dipercepatkan.

"Fadillah bertanggungjawab (menyelaras projek tebatan banjir) memang sudah mengambil kira (kejadian banjir) sejak tahun lalu.

"Saya dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud pada Isnin, singgung perkara ini kerana projek umpamanya harus disegerakan di Kelantan yang menghadapi masalah terbesar, kemudian tentunya Terengganu, Johor, Kedah dan negeri lain," ujarnya.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search