OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Projek tebatan banjir, pengurusan air antara fokus kerajaan di Kelantan - Anwar

Projek tebatan banjir, pengurusan air antara fokus kerajaan di Kelantan - Anwar

KUALA LUMPUR: Perkembangan projek tebatan banjir, pembangunan di kawasan sempadan negara jiran dan pengurusan air di Kelantan akan terus menjadi antara keutamaan kerajaan di negeri itu.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, selepas beliau menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud di Perdana Putra di sini.

Beliau berkata, perbincangan hari ini adalah usaha menambah baik kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

"Antara yang dibincangkan, termasuk perkembangan projek tebatan banjir, pembangunan di sempadan serta projek infrastruktur seperti penjajaran jalan dan pengurusan air.

"Saya titipkan pesanan supaya kepedulian terhadap kebajikan rakyat perlu terus menjadi keutamaan dan diuruskan sebaiknya," katanya laman sosialnya, hari ini.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search