OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Sisa e-waste tidak terkawal beri risiko kesihatan, pencemaran alam sekitar - JAS

Sisa e-waste tidak terkawal beri risiko kesihatan, pencemaran alam sekitar - JAS

KUALA LUMPUR - Sisa elektronik (e-waste) yang melalui proses tidak terkawal boleh menyebabkan pelbagai risiko kesihatan serta pencemaran alam sekitar.

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, pelbagai bahan kimia boleh dilepaskan ketika proses peleburan e-waste termasuk logam berat seperti arsenik yang boleh menyebabkan kanser.

"Jika hasil sampingan kilang haram ini tidak disimpan dengan betul, ia boleh meresap ke dalam tanah dan mencemari tanah atau sungai.

"Kita mendapati banyak kilang haram ini tidak mempunyai sistem penapisan corong asap yang betul," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini pada Khamis.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Seri Azmi Abu Kassim.

Menurut Wan Abdul Latiff, e-waste dikategorikan sebagai buangan terjadual dengan kod SW110 sebagaimana dinyatakan di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

"Buangan e-waste daripada pemasangan elektrikal dan elektronik yang mengandungi komponen-komponen seperti akumulator, suis raksa, kaca daripada tiub sinar katod dan kaca teraktif atau kapasitor bifenil terpoliklorin yang lain atau yang dicemari dengan kadmium, raksa, plumbum, nikel, kromium, litium, perak, mangan atau bifenil terpoliklorin.

"Selain itu peralatan elektrik dan elektronik yang telah tamat tempoh hayat, tidak boleh lagi digunakan dan hendaklah dilupuskan secara mesra alam di kemudahan-kemudahan yang dilesenkan oleh JAS," ujarnya.

Menurutnya, tahun lalu, JAS sudah melakukan 44 pemeriksaan ke atas kilang yang memproses e-waste secara haram, lapan diarahkan tutup manakala baki sedang dalam siasatan.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search