OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Lewat bina LRA, penduduk Lembah Klang dan Putrajaya berisiko kekurangan bekalan air

Lewat bina LRA, penduduk Lembah Klang dan Putrajaya berisiko kekurangan bekalan air

SHAH ALAM - Penduduk sekitar Lembah Klang dan Putrajaya berdepan risiko margin rizab air rendah apabila musim kemarau tiba, ekoran kelewatan pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasau Fasa 1.

Bekas Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, loji yang dijadualkan siap Disember 2025 namun kini diunjurkan beroperasi sepenuhnya pada Disember 2026, memberi kesan secara langsung kepada pengguna.

“Kelewatan pembinaan LRA akibat insiden tebing runtuh pada September 2024 pasti memberi kesan terhadap pengguna terutama pada saat permintaan air yang semakin meningkat di Lembah Klang.

“Namun realitinya rakyat di Lembah Klang masih bergantung kepada LRA Sungai Rasau untuk memastikan bekalan air mencukupi bagi keperluan harian dan industri,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Selasa.

Sebelum ini media melaporkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menjangkakan kelewatan dalam pembinaan LRA Sungai Rasau susulan insiden tebing sungai runtuh dan menenggelamkan tapak projek berkenaan.

Bagaimanapun, Pengarah Unit Komunikari Korporat dan Hal Ehwal Pengguna SPAN, Mohd Fazli Ismail berkata, Syarikat Air Selangor (Air Selangor) akan mengenal pasti penambahbaikan sistem agihan grid bersambung lanjutan perkara tersebut.

Tambah Tuan Ibrahim, kerajaan seharusnya memantau projek berkenaan dengan lebih rapi supaya tiada kelewatan tambahan selain mempercepatkan usaha menambah rizab bekalan air negara.

“Air adalah keperluan asas rakyat. Langkah mitigasi jangka pendek perlu diperkukuh termasuk pemantauan rapi terhadap paras sungai dan empangan serta pengurusan pengagihan air lebih cekap,” katanya.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search