OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

NADMA kaji laksana bayaran bantuan secara pemindahan wang, kurangkan karenah birokrasi - Zahid

NADMA kaji laksana bayaran bantuan secara pemindahan wang, kurangkan karenah birokrasi - Zahid

KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kini dalam proses untuk mengkaji pelaksanaan bagi pembayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) secara pemindahan dana elektronik (EFT).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu jika dilaksanakan mampu mengurangkan birokrasi dalam agihan bantuan.
 

"NADMA sedang berusaha untuk menambahbaik serta mempermudahkan prosedur pemberian BWI kepada Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa bencana, bagi memastikan tiada halangan birokrasi dalam penyaluran bantuan tersebut dan meringankan beban yang ditanggung mangsa bencana.

"NADMA dalam proses mengkaji pelaksanaan pembayaran BWI melalui EFT dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mengurangkan birokrasi dalam agihan bantuan.

"Inisiatif ini bertujuan untuk mempercepatkan proses penyaluran bantuan kepada mangsa bencana dengan memanfaatkan teknologi perbankan digital, seterusnya memastikan bantuan sampai dengan lebih efisien," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan daripada Datuk Willie Mongin (GPS- Puncak Borneo) mengenai jenis bantuan disediakan oleh NADMA serta sama ada proses permohonan bantuan itu dapat dipermudahkan.

Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, bagi kejadian bencana semasa musim Monsun Timur Laut (MTL) termasuk bencana banjir, terdapat dua jenis bantuan bencana yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui peruntukan yang disalurkan oleh NADMA kepada semua negeri.

"Untuk pemberian BWI sebanyak RM1,000 untuk setiap KIR yang layak dan dan BWI kematian pula,sebanyak RM10,000 untuk waris kepada mangsa yang meninggal dunia.

"Sebelum agihan BWI dilaksanakan, senarai KIR yang terjejas akibat bencana akan disemak dan disahkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) sebelum diperakukan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

"Pengagihan BWI kepada KIR akan dilaksanakan oleh Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri berdasarkan senarai nama yang diperakukan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri," katanya.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search