OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Kerajaan Kelantan bantu bayar sewa rumah mangsa banjir

Kerajaan Kelantan bantu bayar sewa rumah mangsa banjir

KOTA BHARU - Kerajaan negeri Kelantan akan membayar sewa rumah membabitkan 17 keluarga selepas kediaman mereka runtuh dalam kejadian banjir awal November lalu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Exco sebelum ini selepas mengambil kira kerosakan yang dialami penghuni.

Beliau memberitahu, rumah yang dikenal pasti mengalami kerosakan sepenuhnya membabitkan 11 kediaman di daerah Tumpat, empat di Kuala Krai dan masing-masing satu di Tanah Merah dan Pasir Mas.

"Kita membayar sewa rumah dalam enam bulan dan akan pertimbangkan untuk membantu membaiki rumah terbabit berdasarkan situasi tertentu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco pada Rabu.

Beliau turut memberitahu, usaha itu akan membantu mengurangkan beban mangsa banjir yang terlibat.

Media sebelum ini melaporkan sepanjang Kelantan dilanda banjir, beberapa rumah penduduk runtuh akibat bencana itu dan paling teruk terjejas ialah Kampung Jubakar Pantai serta Kampung Baru Nelayan di Tumpat.

Beberapa keluarga juga masih memilih tinggal di kediaman mereka walaupun sebahagian besar struktur rumah mereka musnah.

Jumlah mangsa yang dipindahkan di Kelantan ketika banjir lalu mencecah 170,000 membabitkan 36,000 keluarga.

Sebanyak 309 tempat pelindungan dibuka melibatkan lapan daerah di seluruh negeri.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search