OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Waspada cuaca panas, kering – TPM

Waspada cuaca panas, kering – TPM

KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan lebih berwaspada dalam menghadapi cuaca panas dan kering susulan fasa penghujung Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pertengahan bulan depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam tempoh itu, hujan semakin berkurangan terutama di utara Semenanjung menyebabkan suhu harian boleh mencecah lebih 35 darjah Celsius khususnya tengah hari.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara menasihatkan orang ramai lebih berhati-hati dalam menghadapi cuaca panas.

“Kurangkan aktiviti luar yang boleh mendedahkan diri kepada suhu tinggi, banyakkan minum air untuk kekal hidrasi dan gunakan air secara berhemat bagi mengelakkan pembaziran.

“Saya juga ingin menekankan kepentingan untuk tidak melakukan pembakaran terbuka, kerana ia boleh mencetuskan jerebu serta meningkatkan risiko kebakaran hutan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut mendoakan rakyat dilindungi daripada kesan buruk akibat cuaca panas dan menggesa semua pihak terus peka dengan perkembangan semasa.

“Jaga diri, jaga kesihatan dan semoga kita semua sentiasa dalam lindungan-Nya,” katanya.

Semalam, media melaporkan cuaca panas dan kering dijangka melanda kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak serta Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, dilaporkan berkata, negara kini berada pada fasa penghujung Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada pertengahan Mac dan dalam tempoh itu, litupan awan serta taburan hujan akan berkurangan.

“Ketiadaan hujan dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan.

“Situasi cuaca panas dan kering yang dialami pada ketika ini adalah fenomena berulang yang berlaku setiap tahun bermula pada Februari hingga Mei,” katanya.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search