OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

KPM jangka kos baik pulih sekolah terjejas banjir tinggi

KPM jangka kos baik pulih sekolah terjejas banjir tinggi

Nibong Tebal: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengenal pasti fasiliti sekolah di Sabah dan Sarawak yang terjejas banjir, selain mendapatkan jumlah kos kerosakan sebelum kerja membaik pulih dilaksanakan.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya menjangkakan kos pembaikan akan membabitkan peruntukan besar memandangkan banyak fasiliti sekolah terjejas termasuk ada mengalami kerugian total.

Katanya, banyak lokasi tidak pernah banjir sebelum ini, tetapi terjejas kerana situasi di luar jangka.

“Banyak tempat sebenarnya tidak pernah banjir, tetapi berlaku banjir. Dalam hal ini, ada sekolah yang memang total loss dan sekarang ini kita sedang mengenal pasti keseluruhan premis yang terbabit, begitu juga dengan kos (sedang dihitung).

“Kita jangka kos memang sangat besar kerana berdasarkan pemantauan awal menunjukkan premis terbabit banjir ini sangat banyak.

“Pada masa sama, berbaki lagi seminggu sesi persekolahan baharu akan dibuka, kita perlu segera membuat persiapan untuk membereskan (sekolah yang terjejas) supaya persekitaran lebih kondusif,” katanya.

Fadhlina berkata, sekiranya situasi banjir tidak reda apabila sesi persekolahan baharu dibuka, pihak sekolah perlu melaksanakan sistem Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PDPR).

“Bagaimanapun, kita berdoa cuaca akan bertambah baik dan proses pembersihan sekolah dapat kita laksanakan dan operasi sekolah berlangsung seperti biasa,” katanya.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search