OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Panglima 9 Briged santuni mangsa banjir di Mukah dan Dalat

Panglima 9 Briged santuni mangsa banjir di Mukah dan Dalat

MUKAH, 7 Feb: Panglima Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd), Brigedier Jeneral Jafri Sulaiman, turun padang menyantuni mangsa banjir di Daerah Mukah dan Dalat dalam lawatan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) semalam.

Briged Kesembilan Infantri Malaysia dalam kenyataan berkata lawatan itu melibatkan PPS Belia Mukah, PPS MRSM Mukah dan PPS Stadium Perpaduan Dalat.

Beliau turut menerima taklimat mengenai Op MURNI daripada Pegawai Memerintah Batalion Keenam Rejimen Sempadan (6 RS), Leftenan Kolonel Lee Swee Chiat.

Selain meninjau keadaan mangsa banjir, Panglima 9 Bgd turut bertemu dengan anggota tentera yang bertugas dalam operasi bantuan banjir di Bahagian Mukah.

Jafri menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus menguruskan PPS dan membantu mangsa banjir menghadapi bencana gelombang kedua ini.

Lawatan tersebut diharapkan dapat memberi suntikan semangat dan sokongan moral kepada mangsa banjir dalam menghadapi situasi sukar ini.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Dalat, DSP Saga Chunggat, serta wakil daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS). – TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search