OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

PETROS sumbang RM2 juta kepada JPBN Sarawak

PETROS sumbang RM2 juta kepada JPBN Sarawak

KUCHING, 7 Feb: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) menyumbang RM2 juta kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak bagi menyokong usaha-usaha bantuan kepada mangsa yang terjejas banjir baru-baru ini.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi PETROS, Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo, kepada Timbalan Premier Sarawak yang juga Pengerusi JPBN, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Pejabat Premier Sarawak, di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Penyerahan cek tersebut turut disaksikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Hamid Bugo optimis dana tersebut akan membantu menyediakan bantuan dan sokongan penting kepada mereka yang terjejas oleh banjir.

“Kami menyedari kesukaran yang dihadapi oleh banyak komuniti akibat banjir. PETROS kekal komited untuk bekerjasama dengan kerajaan Sarawak dan JPBNS bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sehubungan itu katanya, PETROS juga bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk membantu usaha ini sebaik mungkin, termasuk menyediakan peralatan, dan sokongan logistik. -TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search