OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Banjir: 3 PPS dibuka di Kota Tinggi

Banjir: 3 PPS dibuka di Kota Tinggi

JOHOR BAHRU: Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kota Tinggi akibat banjir susulan hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, setakat ini terdapat 178 mangsa banjir daripada 54 keluarga di Kota Tinggi, setakat jam 12 tengah hari.

Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor berkata, tiga PPS yang dibuka setakat ini adalah di Dewan Muafakat Taman Desaru, Dewan Kampung Baru Sungai Mas dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Penawar 1.

“Dewan Muafakat Taman Desaru yang dibuka jam 10.30 pagi menempatkan penduduk terjejas dari Taman Desaru Utama, manakala PPS di Dewan Kampung Baru Sungai Mas menempatkan penduduk terjejas dari Kampung Baru Sungai Mas.

“PPS SK Bandar Penawar 1 dibuka pada 11.40 pagi, namun maklumat sedang dikemaskini,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di negeri ini sehingga jam 2 petang ini dan tiada amaran hujan berterusan.

Pada masa sama, Sungai Sayong yang juga sub lembangan Sungai Johor di Kulai serta Sungai Jemaluang di Mersing merekodkan bacaan melepasi paras waspada.

Setakat jam 12 tengah hari, semua daerah dilaporkan mendung, kecuali Pontian dan Kota Tinggi dilaporkan hujan.

 
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search