OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Fasiliti PPS Bintulu serba kekurangan, perlu ditambah baik – King Sing

Fasiliti PPS Bintulu serba kekurangan, perlu ditambah baik – King Sing

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing meminta pihak berkuasa mengambil langkah segera dengan menambahbaik fasiliti di pusat pemindahan sementara (PPS) di Bintulu yang didakwa serba kekurangan.

King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu mendedahkan, kemudahan di PPS di kawasannya itu bukan saja tidak mencukupi, malah ada mangsa banjir yang terpaksa bersempit dalam khemah.

“Hari ini saya melawat PPS di Dewan Suarah dan Paragon untuk meninjau dan memastikan keperluan mangsa banjir mencukupi.

“Semasa lawatan, saya melihat kemudahan di PPS tidak mencukupi kerana penyelenggaraan yang lemah, termasuk pendingin hawa yang tidak berfungsi, bumbung bocor serta kapasiti khemah yang terlalu sesak.

“Saya juga menggesa pihak berkuasa yang berkaitan untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing demi memastikan PPS ini memenuhi piawaian yang sepatutnya dan setiap keperluan asas mangsa dijaga dengan baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi, hari ini.

King Sing turut memberitahu sudah mengarahkan pihak yang berkaitan supaya membuat penambahbaikan segera dan menyelaraskan sumber bagi memastikan infrastruktur PPS berfungsi dengan baik.

“Keutamaan kami adalah untuk menyediakan PPS yang selamat dan selesa untuk mereka yang terjejas.

“Pada masa sama, saya sudah memaklumkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bahawa pengagihan makanan di semua PPS perlu diuruskan dengan baik dan teratur, memastikan setiap mangsa yang dipindahkan mendapat makanan dan bekalan keperluan yang mencukupi. Pastikan tiada siapa yang tercicir,” katanya.

King Sing turut memberitahu sudah mengarahkan pasukan perubatan untuk ditempatkan di Dewan Suarah esok bagi membolehkan saringan kesihatan dan bantuan perubatan disalurkan terus kepada mangsa banjir.

Selain itu, beliau turut berhubung dengan pihak Jabatan Kesihatan Bintulu untuk menggerakkan kakitangan perubatan dari kawasan lain untuk membantu di PPS yang ada.

Dalam pada itu, King Sing turut mengumumkan pembatalan sambutan Tahun Baharu Cina di Bintulu yang dijadualkan pada 9 Februari depan.

Ia bertujuan menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha membantu mangsa banjir yang terjejas. “Ramai mangsa kehilangan tempat tinggal, harta benda dan mengalami kerugian besar susulan banjir teruk yang melanda Bintulu.

“Situasi ini memerlukan usaha kolektif jangka panjang untuk mengatasi cabaran sukar ini. “Oleh itu, dengan berat hati, penganjuran rumah terbuka Tahun Baharu Cina yang dijadualkan pada 9 Februari 2025 terpaksa dibatalkan,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Semasa lawatan, saya melihat kemudahan di PPS tidak mencukupi kerana penyelenggaraan yang lemah, termasuk pendingin hawa yang tidak berfungsi, bumbung bocor serta kapasiti khemah yang terlalu sesak.

“Saya juga menggesa pihak berkuasa yang berkaitan untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing demi memastikan PPS ini memenuhi piawaian yang sepatutnya dan setiap keperluan asas mangsa dijaga dengan baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi, hari ini.

King Sing turut memberitahu sudah mengarahkan pihak yang berkaitan supaya membuat penambahbaikan segera dan menyelaraskan sumber bagi memastikan infrastruktur PPS berfungsi dengan baik.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search