OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Laluan Kanowit-song ditutup susulan tanah runtuh

Laluan Kanowit-song ditutup susulan tanah runtuh

Kapit: Jalan Song/sipan-temalat ditutup kepada semua kenderaan berikutan tanah runtuh yang memutuskan hubungan jalan raya dari Kanowit ke Song semalam.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata berdasarkan maklumat daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Kapit, penutupan sementara dibuat bagi membolehkan pihak terbabit membuat lencongan untuk membuka laluan kepada kenderaan ringan.

“Kejadian berlaku berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam (kelmarin),” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, kenderaan berat tidak dibenarkan melalui jalan itu memandangkan keadaan struktur tanah yang tidak stabil dan tidak selamat.

Nanta berkata, Residen Bahagian Kapit, Elvis Didit bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Katibas, Lidam Asan dan Pegawai Daerah Song, Harry Bruce, sudah turun padang bagi memeriksa jalan yang runtuh.

Selain itu, Nanta memaklumkan terdapat beberapa lagi kejadian tanah runtuh di daerah Kapit dan Belaga.

Katanya, kawasan terjejas antaranya simpang masuk ke Menara Pemancar TV & Radio dan Lorong 1, Taman Bian Hua, Daerah Kapit; Kilometer 34, Jalan Menjawah Belaga; dan Jalan Bakun - Belaga iaitu antara Uma Badeng Dangan/ Bakun, daerah Belaga.

Beliau berkata, Elvis mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kapit untuk memantau secara dekat keadaan di seluruh daerah itu bagi menghadapi sebarang kemungkinan berikutan cuaca buruk ketika ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Belaga juga sudah mengambil tindakan dengan membersihkan laluan terjejas bagi membolehkan pengguna jalan raya melalui kawasan berkenaan.

“JKR turut memasang papan tanda yang bersesuaian di lokasi kejadian," katanya sambil menambah penduduk dan pengguna jalan raya dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search