OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Darurat bencana di Mamaju susulan kejadian tanah runtuh

Darurat bencana di Mamaju susulan kejadian tanah runtuh

INDONESIA: Darurat bencana diisytiharkan di Mamuju, Sulawesi Barat susulan kejadian tanah runtuh yang mengorbankan empat nyawa termasuk seorang bayi perempuan berusia sebulan.

“Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Wilayah Sulbar dengan kerjasama BPBD Mamuju dan Polis Sulbar telah bergerak ke lokasi kejadian tanah runtuh untuk memberikan bantuan menangani bencana,” kata Pemangku Gabenor Sulbar, Bahtiar Baharuddin di Mamuju, Isnin.

Beliau turut menyampaikan rasa dukacita di atas tragedi yang mengorbankan empat nyawa, mencederakan empat orang lain dan menyebabkan dua rumah penduduk tertimbus di Lingkungan Tamasapi, Mamunyu, Mamuju

Kerajaan Wilayah Sulbar telah menetapkan darurat dan segera melaksanakan langkah-langkah menangani bencana termasuk menyiapkan bantuan logistik bagi penduduk yang terjejas dengan berkoordinasi bersama pihak berkuasa tempatan Mamuju.

“Jentera berat akan segera dihantar ke lokasi untuk membersihkan tanah runtuh dan pokok tumbang yang menghalang laluan, serta membantu penduduk mengalihkan timbunan tanah dari rumah mereka, agar penduduk tidak terpinggir dan dapat kembali menjalani aktiviti harian,” katanya.

Beliau juga mengingatkan masyarakat agar sentiasa berwaspada kerana seluruh wilayah Sulawesi Barat adalah kawasan berisiko tinggi bencana, terutamanya tanah runtuh, lebih-lebih lagi musim hujan telah bermula.

Bencana tanah runtuh di Lingkungan Tamasapi berlaku pada 26 Januari 2025, pukul 23.15 WITA, pada malam Ahad.

Kejadian berpunca daripada hujan lebat selama hampir lapan jam, bermula pukul 15.30 WITA (26/1). – ANTARANEWS

 

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search