OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Lencongan di kawasan tanah runtuh Jalan Belaga Menjawah - Nanta

Lencongan di kawasan tanah runtuh Jalan Belaga Menjawah - Nanta

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Belaga Menjawah, Sarawak, yang dilaporkan berlaku pada jam 10.31 pagi Ahad, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Nanta menerusi hantaran di Facebook pada Ahad memaklumkan pihak berkuasa akan cuba membuat laluan alternatif secepat mungkin setelah melakukan beberapa penilaian terhadap keadaan tanah runtuh itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, lencongan telah dilakukan dan kerja-kerja membaik pulih bakal dijalankan bagi memastikan jalan berkenaan selamat digunakan.

Menurut Nanta, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga turut bertindak melakukan pemantauan di kawasan runtuhan.

"Saya menasihatkan penduduk di kawasan sekitar supaya berhati-hati ketika menggunakan jalan berkenaan buat masa ini yang hanya boleh dilalui satu kenderaan sahaja dalam satu masa. Patuhi semua arahan pihak berkuasa demi keselamatan bersama,” katanya.

Beliau berharap kerja-kerja membaiki jalan yang rosak itu dapat dilakukan segera bagi memudahkan urusan penduduk membuat sebarang urusan di bandar Bintulu. - Bernama

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search