OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Lagi api baharu muncul burukkan kebakaran LA

Lagi api baharu muncul burukkan kebakaran LA

LOS ANGELES - Pasukan bomba keletihan terpaksa berhempas-pulas mengawal kemunculan api baharu di Los Angeles selepas Hughes Fire telah memusnahkan lebih empat ribu hektar kawasan sejak ia bermula dalam tempoh kurang 48 jam.

Hughes Fire di utara Santa Clarita mengancam lebih 14,000 struktur selain memaksa kira-kira 16,200 penduduk dikenakan arahan berpindah manakala 38,700 yang lain berdepan amaran pemindahan.

Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California (Cal Fire), kira-kira 36 peratus kebakaran itu berjaya dikawal sehingga petang Khamis.

Selain itu, dua lagi kebakaran, Gilman dan Border 2 Fire dilaporkan muncul di daerah San Diego yang merebak melalui hutan belantara Gunung Otay berhampiran sempadan Amerika Syarikat (AS) dan Mexico pada 'kadar sederhana'.

Ancaman kebakaran hutan masih belum berakhir selepas Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan melanjutkan amaran bendera merah ke atas sebahagian besar daerah Los Angeles dan Ventura, di tengah-tengah ancaman 'angin syaitan', Santa Ana yang masih belum reda.

Dalam perkembangan berkaitan, Gabenor California, Gavin Newsom menandatangani undang-undang yang mengarahkan bantuan berjumlah AS$2.5 bilion (RM11.1 bilion) untuk menyokong tindak balas dan usaha pemulihan kawasan di LA yang binasa akibat kebakaran sejak awal bulan lalu. - Agensi

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search