OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Banjir Sarawak: 91 mangsa berlindung di PPS Saratok

Banjir Sarawak: 91 mangsa berlindung di PPS Saratok

KUCHING: Keadaan banjir di daerah Saratok setakat petang ini masih kekal dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Rumah Dayak yang dibuka bagi menempatkan sejumlah 91 mangsa.
 
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan, setakat 4 petang, sejumlah 21 keluarga daripada Rumah Tembawai Kapok yang dilanda banjir sejak Ahad masih berlindung di PPS tersebut.
 
JPBN Sarawak turut memaklumkan 11 lokasi di seluruh negeri yang berisiko mengalami banjir turut dipantau dari semasa ke semasa oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
 
Setakat ini, trend air di bahagian Kuching menunjukkan penurunan manakala di daerah Selangau, Kanowit, Dalat dan Marudi menunjukkan peningkatan.
Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Sarawak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memaklumkan menerima panggilan pada 11.12 pagi tadi untuk memindahkan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Ranggong Ulu Niah, Miri.
 
Menurut makluman itu sebanyak 14 orang guru telah terperangkap di sekolah itu, apabila laluan keluar ke jalan utama telah dilimpahi air akibat banjir kilat dan kesemua mereka telah selamat dipindahkan oleh pihak bomba menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
 
- BERNAMA
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search