OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Air cuci botol cat sebabkan Sungai Galing bertukar biru

Air cuci botol cat sebabkan Sungai Galing bertukar biru

KUANTAN - Sungai Galing di kawasan Perindustrian Semambu menjadi perhatian selepas warna airnya bertukar kebiruan, dipercayai akibat pencemaran pada Khamis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Chan Chun Kuang berkata, perkara itu diketahuinya selepas menerima aduan daripada pemilik sebuah kilang yang menyedari perubahan luar biasa pada warna air sungai tersebut.

Menurutnya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati perubahan warna air sungai itu berpunca daripada aktiviti sebuah premis menjual cat di kawasan tersebut.

"Hasil siasatan lanjut menunjukkan pencemaran itu berlaku akibat cucian botol cat jenis 'colorant' di premis berkenaan.

"Premis tersebut telah diarahkan untuk menghentikan aktiviti pencucian dan diberikan surat amaran sebagai langkah pencegahan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Sebelum ini, Chun Kuang memuat naik video berdurasi enam saat memaparkan aliran Sungai Galing yang berubah menjadi kebiruan di akaun Facebook miliknya.

Bagaimanapun, tinjauan Sinar Harian ke lokasi mendapati, keadaan sungai telah kembali normal.

Mengulas lanjut, Chun Kuang berkata, pihak JAS akan memaklumkan kepada Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) agar memantau pengusaha di kawasan berkenaan supaya perkara itu tidak berulang.

Katanya, orang awam digalakkan melaporkan sebarang kejadian pencemaran melalui sistem e-aduan di https://eaduan.doe.gov.my/https://eaduan.doe.gov.my/ atau menghubungi JAS di talian 09-573 0636.

Sehubungan itu, beliau meminta penduduk setempat dan pengusaha perniagaan supaya menjaga kebersihan Sungai Galing yang bakal dijadikan sebagai 'living river'.

“Saya berharap semua pihak dapat memainkan peranan dalam memastikan Sungai Galing kekal bersih dan bebas daripada pencemaran,” katanya.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search