OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Ratusan penyelamat mencari mangsa dalam lumpur tebal

Ratusan penyelamat mencari mangsa dalam lumpur tebal

Ratusan penyelamat mencari di sebalik lumpur tebal mencari mangsa yang terselamat pada semalam, selepas kejadian tanah runtuh di sini, yang dicetuskan hujan mengorbankan sekurang-kurangnya 17 dan menyebabkan sembilan hilang.

Hujan lebat di kawasan pergunungan berhampiran bandar Pekalongan di wilayah Jawa Tengah mencetuskan tanah runtuh pada Isnin lalu, menyebabkan jambatan runtuh, dan menimbus kereta serta rumah.

Agensi mencari dan menyelamat Basarnas dalam satu kenyataan berkata, jumlah korban kekal tidak berubah dari Selasa iaitu 17 maut, sembilan hilang dan 13 cedera.

Tetapi satu lagi mayat ditemukan, kata seorang pegawai tempatan, Mohammad Yulian Akbar kepada AFP lewat Rabu, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa kepada 18 orang.

Jentera berat dikerahkan untuk mengosongkan laluan jalan untuk pasukan pencarian dan kira-kira 200 anggota penyelamat dihantar untuk membantu, kata Akbar.

“Fokus adalah untuk mencari mangsa,” katanya sambil menambah kerajaan tempatan mengisytiharkan darurat di daerah itu selama dua minggu.

Kawasan paling teruk terjejas ialah Kampung Kasimpar, di mana tanah runtuh melanda sebuah kedai kopi dan orang ramai yang cuba berlindung daripada hujan.

Polis, askar dan sukarelawan menyertai pencarian bersama pekerja penyelamat, di lokasi terletak kira-kira 90 kilometer di barat kota Semarang.

Tetapi usaha-usaha dihentikan seketika pada Selasa kerana hujan lebat di kawasan itu.

Ramalan cuaca untuk tiga hari akan datang menunjukkan hujan sederhana yang boleh menyebabkan banjir, banjir kilat dan tanah runtuh.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search