OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Hakisan Pantai Kijal: Terengganu usul bantuan NADMA

Hakisan Pantai Kijal: Terengganu usul bantuan NADMA

KEMAMAN: Kerajaan Negeri Terengganu bercadang untuk memohon bantuan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi menangani isu hakisan pantai yang semakin serius di Pantai Kijal. 

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri, Datuk Razali Idris berkata, fenomena perubahan iklim, khususnya semasa musim tengkujuh, telah mengakibatkan hakisan ketara di kawasan tersebut. 

“Tahun 2025 dijangka lebih mencabar dengan fenomena pertembungan air pasang, angin kencang dan hujan lebat.

“Walaupun tiada rumah yang rosak, hakisan pantai semakin ketara dan menjadikan pantai ini semakin nipis,” katanya memetik laporan pemberita TRDI pada tinjauan hakisan di Pantai Teluk Kalong, kelmarin.

Lawatan tersebut melibatkan Pejabat Daerah Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) Daerah Kemaman, serta Ahli Majlis Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal.

Menurut Razali, satu pelan jangka pendek dan panjang perlu dirangka bagi memastikan kawasan pantai ini kekal terpelihara serta selamat. 

“Usaha ini penting untuk melindungi Pantai Kijal, bukan sahaja untuk mengelak kemusnahan alam sekitar tetapi juga untuk mengekalkan pantai ini sebagai destinasi pelancongan utama di Terengganu.  

“Saya menyeru kerjasama semua pihak termasuk agensi kerajaan dan penduduk setempat bagi memastikan usaha ini berjaya,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 20/1/2025

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search