OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

264 menara telekomunikasi terjejas banjir dibaik pulih

264 menara telekomunikasi terjejas banjir dibaik pulih

Sebanyak 264 menara telekomunikasi yang terjejas akibat banjir lalu di Kelantan sudah dibaik pulih termasuk 41 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) yang mampu beroperasi sepenuhnya.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, banjir besar yang melanda Kelantan baru-baru ini menyebabkan semua menara telekomunikasi mengalami kerosakan sehingga menjejaskan liputan sehingga dua minggu.

“Jumlah ini agak besar dan lebih dari apa yang dijangka kerana membabitkan banyak menara (telekomunikasi) yang terkesan.

“Semua sudah dinaik taraf dan ia memang menelan belanja besar tapi saya belum diberikan taklimat mengenai jumlah keseluruhan,” katanya selepas membuat lawatan ke menara telekomunikasi di Menara ARC Kampung Jubakar Pantai di sini, semalam.

Fahmi berkata, menara telekomunikasi di Kampung Jubakar Pantai yang memberi liputan kepada kira-kira 3,000 pengguna adalah antara yang turut terkesan dan kerja baik pulih sudah dibuat, namun dijangka akan beroperasi sepenuhnya menjelang 28 Januari ini.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search